Assalamualaikum wbt, Salam sejahtera, Salam 1 Malaysia..
Bertarikh 2 hingga 6 Mei 2012, pasukan memanah UiTM telah menyertai Kejohanan Memanah Terbuka UUM Kali Ke-27, 2012 bertempat di Lapang Sasar Memanah UUM, Sintok, Kedah..
UiTM bekerjasama dengan atlet SUKMA negeri Pahang dan membariskan seramai 21 orang atlet..
Tahniah kepada satu-satunya pemenang pingat di temasya kali ini iaitu pemanah sensasi UiTM, Fatin Nurfatehah Binti Mat Salleh, pelajar Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi.. Beliau memenangi pingat Emas bagi acara Pusingan Olimpik Individu kategori compound wanita..
Sekalung tahniah juga diucapkan kepada semua pemanah yang rata-rata beraksi cemerlang di kejohanan ini..
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pengurusan tertinggi UiTM Cawangan Pahang, staf akademik dan pentadbiran, dan terutama kepada staf di Unit Sukan dan Unit Kenderaan yang memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada pasukan memanah..
Diharapkan semua pemanah mengekalkan tahap prestasi yang optimum demi memartabatkan sukan memanah universiti dan bersiap sedia menghadapi kejohanan yang akan datang iaitu UPM Open pada bulan Jun dan yang paling penting, SUKMA pada bulan Julai nanti..
Sekian..
Sent from my BlackBerry®
TO BE THE BEST IN THE WORLD
Kelab Memanah UiTM Pahang
Saturday, May 12, 2012
Tuesday, March 27, 2012
ANUGERAH SUKAN UiTM 2011

UiTM Cawangan Pahang melalui Kelab Memanah UiTM Pahang mengucapkan jutaan tahniah di atas penganugerahan Olahragawati UiTM 2011 buat kali kedua berturut-turut kepada :
Fatin Nurfatehah Mat Salleh

Ribuan tahniah juga diucapkan kepada Nurhayati Al-Madihah Hashim di atas penganugerahan Anugerah Emas Universiti kerana penglibatan beliau dalam bidang sukan sepanjang tahun 2011.

Tahniah juga diucapkan kepada tulang belakang yang memastikan atlet memanah UiTM terus cemerlang dan gemilang,
penerima anugerah Jurulatih Cemerlang 2011, Cik Mon Redee Sut Txi

Di majlis yang sama, 3 orang atlet memanah telah menerima
Anugerah Gangsa Universiti iaitu:
Nik Mohamad Faiz Khalib
Adibah Tajuddin
Nur Syafiqah Hasrudin
Tahniah kepada semua penerima Anugerah Sukan UiTM
Jasa anda tetap disanjung dan dihargai
Sunday, February 19, 2012
TAHNIAH ATLET MALAYSIA DI 1st ASIAN GRAND PRIX 2012, BANGKOK

Kejohanan Memanah Asian Grand Prix 2012, Bangkok telah melabuhkan tirainya..
Pasukan Malaysia telah memenangi 3 Emas, 3 Perak dan 1 Gangsa..
Pingat Emas telah disumbangkan oleh Cheng Chu Sian (acara Pusingan Kelayakan FITA), dan 2 Emas oleh Fatin Nurfatehah Mat Salleh (acara Pusingan Kelayakan FITA dan Pusingan Kelayakan FITA Berpasukan)..
1 Pingat Perak telah disumbangkan oleh trio sensasi pemanah Recurve Berpasukan (acara Pusingan Kelayakan FITA) dan sekali lagi oleh Fatin Nurfatehah Mat Salleh
melalui acara Individu Pusingan Olimpik..
Melalui gandingan mantap dari Berpasukan Wanita Compound dibarisi
pemanah berpengalaman Norhayati Al-Madihah, Nurhidayah Abdul Latip dan
juga Fatin Norfatehah, trio ini memenangi Pingat Perak setelah tewas kepada
pasukan tuan rumah di peringkat akhir dengan perbezaan 1 mata sahaja..
Pingat Gangsa telah disumbangkan oleh Khairul Anuar Mohamed, pemanah Elit
kategori Recurve yang juga merupakan pemanah pertama dan atlet Malaysia pertama
melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2012 di London..
Sekalung tahniah juga diucapkan kepada Pasukan Compound Lelaki yang dibarisi
oleh Sharir Aizat (AC 220), Ahmad Aliff (EC 110) dan Kurniadi Muhtar (AS 202)
kerana telah memberikan cabaran kepada pasukan-pasukan memanah dari
negara lain..



FATIN NURFATEHAH MAT SALLEH
NORHAYATI AL-MADIHAH HASHIM
Sahabat, mentor, ayahanda: Mej. (B) Baharudin Jamil, KAT (kanan sekali)
* Keputusan penuh kejohanan : http://www.ianseo.net/Details.php?toId=249
Tuesday, February 14, 2012
KEJOHANAN MEMANAH DEWAN PUSAT SUKAN TUMPUAN UniSZA 2012
Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia..
Bertarikh 2 hingga 5 Februari 2012, pasukan memanah UiTM telah menyertai Kejohanan Memanah Dewan yang dianjurkan oleh Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu..
Sebanyak 9 buah IPTA lain telah meyertai kejohanan ini selain pasukan UiTM..
UiTM telah membariskan pasukan dari kampus cawangan iaitu:
1. UiTM Malaysia
2. UiTM Cawangan Pahang
3. UiTM Terengganu
4. UiTM Pulau Pinang
Daripada 24 jenis pingat yang dipertandingkan, Alhamdulillah, UiTM telah berjaya membawa pulang 3 pingat Emas, 6 pingat Perak dan 4 pingat Gangsa..
UiTM seterusnya dinobatkan sebagai Naib Johan kejohanan ini dibelakang Johan Keseluruhan UPM dengan 4 pingat Emas..
Terima kasih kepada pihak UniSZA kerana telah memberi peluang kepada kami untuk merasai pengalaman memanah di dalam dewan..Pengalaman ini akan kami ingati sentiasa..
Tahniah pasukan UiTM !!!
Teruskan kecemerlangan sukan memanah demi UiTM !!!






1st ASIAN GRAND PRIX 2012, BANGKOK
SELAMAT BERJUANG
KEPADA ATLET-ATLET COMPOUND LELAKI DAN WANITA
UiTM DI KEJOHANAN 1st ASIAN GRAND PRIX 2012, BANGKOK..
KURNIADI BIN MUHTAR
SHARIR AIZAT BIN ABDUL GHANI
AHMAD ALIFF FADHULULLAH BIN ALWI
FATIN NURFATEHAH BINTI MAT SALLEH
NORHAYATI AL-MADIHAH BINTI HASHIM
NURHIDAYAH BINTI ABDUL LATIP
Sunday, January 8, 2012
'KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME' ANTARA UiTM TERENGGANU DAN UiTM CAWANGAN PAHANG
Bertarikh 6 hingga 7 Januari 2012, UiTM Cawangan Pahang telah menerima kunjungan dari Kelab Memanah UiTM Terengganu. Kunjungan ini bertujuan untuk berkongsi maklumat, pengalaman dan mengadakan perlawanan persahabatan antara pemanah UiTM Cawangan Pahang dan pemanah UiTM Terengganu.
Antara pengisian program adalah:
1. perkongsian maklumat mengenai cara dan teknik memanah yang betul
2. cara-cara untuk 'tune' bow pertandingan (advanced bow)
3. perkara-perkara teknikal dalam memasang anak panah, 'set up' bow
4. aspek keselamatan dalam sukan memanah
5. hala tuju sukan memanah di negara amnya dan IPT khasnya
6. cara-cara untuk mengendalikan sesuatu kejohanan memanah
7. kepegawaian di dalam sukan memanah
8. latihan-latihan fizikal dan bebanan spesifik untuk sukan memanah
Pemanah-pemanah dari UiTM Terengganu dan UiTM Cawangan Pahang telah memberikan komitmen dan kerjasama sepenuhnya dalam memastikan objektif program ini tercapai. Banyak maklumat-maklumat yang berguna telah diperolehi dari program ini.
Diharapkan pemanah-pemanah UiTM Terengganu dapat mengaplikasikan segala maklumat-maklumat yang diperolehi dari sini dan mengembangkannya kepada semua ahli kelab di UiTM Terengganu.
Terima kasih di atas kunjungan ini. Kami banyak belajar dari anda semua. Semoga ukhwah yang terjalin ini dikekalkan sampai bila-bila.
Antara pengisian program adalah:
1. perkongsian maklumat mengenai cara dan teknik memanah yang betul
2. cara-cara untuk 'tune' bow pertandingan (advanced bow)
3. perkara-perkara teknikal dalam memasang anak panah, 'set up' bow
4. aspek keselamatan dalam sukan memanah
5. hala tuju sukan memanah di negara amnya dan IPT khasnya
6. cara-cara untuk mengendalikan sesuatu kejohanan memanah
7. kepegawaian di dalam sukan memanah
8. latihan-latihan fizikal dan bebanan spesifik untuk sukan memanah
Pemanah-pemanah dari UiTM Terengganu dan UiTM Cawangan Pahang telah memberikan komitmen dan kerjasama sepenuhnya dalam memastikan objektif program ini tercapai. Banyak maklumat-maklumat yang berguna telah diperolehi dari program ini.
Diharapkan pemanah-pemanah UiTM Terengganu dapat mengaplikasikan segala maklumat-maklumat yang diperolehi dari sini dan mengembangkannya kepada semua ahli kelab di UiTM Terengganu.
Terima kasih di atas kunjungan ini. Kami banyak belajar dari anda semua. Semoga ukhwah yang terjalin ini dikekalkan sampai bila-bila.
Penasihat dan Jurulatih Kelab Memanah UiTM Terengganu


Mini tournament - 07.01.2012
Subscribe to:
Posts (Atom)


























